Friday, December 28, 2018

Kebaikan ‘Dadah’ Ganja Yang Ramai Salah Faham

Kebaikan ‘Dadah’ Ganja Yang Ramai Salah Faham
Kecoh apabila negara jiran, Thailand akhirnya meluluskan penggunaan ganja dalam kajian perubatan dan kesihatan. Ini menjadikan negara itu antara yang pertama dirantau Asia mempunyai dadah paling ketat di dunia. Ganja telah dijadikan sebagai pelega kesakitan dan kelihatan sejak tahun 1930-an sebelum diberhentikan. Jika di negara Colombia dan Kanada ia sudah dijadikan sebagai perubatan di hospital. 
Namun di Malaysia, Singapura dan Indonesia si penyeludup ganja boleh dihukum mati. Tapi kenapa?
Ganja dikategorikan sebagai dadah sama seperti heroine dan pelbagai lagi. Walaupun dikatakan tidak merbahaya dan mampu merawat masalah kesihatan fizikal mahupun mental ia tetap diharamkan. Ini berkaitan dengan penggunaan dadah yang melampau masyarakat kita. Pihak penguasa tidak mahu mengambil risiko lebih besar jika ganja diluluskan. Lihat sahaja penyalahgunaan dadah, ketum, shisa yang berleluasa. Jadi kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam hal ini.

Negara kita masih lagi mentah untuk menangi perkara seperti, ia memerlukan penyelidikan dan kajian sosial lebih lama.  
Jika anda pertama kali tahu mengenai ini, mari Wanista kongsikan manfaat ganja kepada pesakit dan penggunanya.
#1 Pelega kesakitan
Ganja atau dikenali sebagai marijuana juga antara ubat tahan sakit yang memberi kelegaan kepada sakit kronik. Dari kajian yang dilakukan kandungan cannabis atau cannabinoids sangat membantu dalam rawatan serius terutamnya. 
#2 Rokok ganja baik untuk paru-paru
Penggunaan nikotin jika diganti dengan ganja dikatakan 100% lebih daripada rokok biasa. Penghisap rokok ganja didapati mempunyai paru-paru yang lebih sihat. Malah kajian dari Universiti California, menghisap ganja membantu mencegah kanser paru-paru.
#3 Menghalang pertumbuhan kanser
Ganja juga didapati boleh menghalang dan melambatkan penyebaran kanser. Kajian yang dilakukan pada tumor otak, ia mampu mengecutkan tumor dengan dos yang tepat. 
#4 Penenang stress
Menghisap ganja mampu meredakan stress dan kebimbangan yang dihadapi. Walaupun begitu ia bergantung kepada tahap dos yang diambil dan reaksi pesakit boleh berbeza-beza. 
#5 Mengurangkan masalah obesiti
Hubungan gula dan ganja telah menukar kadar gula menjadi lebih rendah dan tindak balas menyihatkan. Kajian di Amerika mendapati mereka yang menghisap ganja jauh dari obesiti, memiliki tubuh yang sihat dan metabolism yang baik. 
Apa pendapat anda tentang ganja? 

Jadual senaman dan pemakanan selama 7 hari untuk menurunkan berat badan

[ Diet Sihat ] Jadual senaman dan pemakanan selama 7 hari untuk menurunkan berat badan
Kami ingin kongsikan pelan senaman untuk 7 hari bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Makan makanan yang sihat sahaja tidak cukup, anda juga perlu bersenam untuk menurunkan berat badan anda.
Hari Pertama
1. Berjalan pantas selama 20 minit. Anda boleh menggunakan treadmill anda jika anda mempunyai satu. Jika tidak, berjalan di sekitar blok anda atau di taman.  Cuba menggunakan alat pengukur langkah untuk mengesan jarak anda berjalan.
Dalam minggu ke 2 atau ke 3, anda sudah pasti sudah biasa berjalan. Jadi cuba untuk meningkatkan kelajuan anda berjalan dan juga panjangkan tempoh masa anda berjalan. Untuk permulaan, cuba berjalan selama 30 minit. Jika anda menggunakan tredmill, campurkan senaman berjalan laju dan berjogging selama 45 minit.
Hari Kedua – Latihan Kekuatan
Kini sudah tiba masanya untuk anda menjalani beberapa latihan kekuatan. Sebelum anda memulakan latihan kekuatan anda, pastikan anda memanaskan badan selama kira-kira 5 hingga 10 minit dan kemudian melakukan beberapa senaman regangan untuk meregangkan otot-otot.
Untuk latihan kekuatan, anda boleh melakukan senaman band exercise atau latihan dumbbell. Kedua-dua akan memberikan rintangan yang anda perlukan untuk baik kekuatan senaman latihan.
Anda juga boleh bermula dengan mengangkat berat jika anda mempunyai peralatan yang betul atau mempunya jurulatih yang berpengalaman untuk membantu anda bersenam. Takut pula jika cedera.
Jika anda baru sahaja menjalani latihan kekuatan, pilih 2 hingga 3 otot di bahagian atas badan untuk dimulakan. Buat 1 atau 2 set dengan 8 hingga 16 ulangan. Otot bahagian atas badan termasuk bisep, triceps, bahu, dada dan bahagian atas belakang.
Bahagian bawah badan
Pilih sekurang-kurangnya 2 – 3  daripada latihan yang berikut ; Squats, lunges, pinner thigh, outer thigh, butt blaster, atau calf lifts. Lakukan  1 – 2 set dengan ulangan 8-16 untuk senaman otot badan.
Otot teras
Buat latihan 10 minit senaman untuk otot teras. Teras termasuk abdominal, belakang dan flexors pinggul.
Pastikan bahawa anda memberi tumpuan kepada semua otot dan bukan hanya abdominal badan. Otot teras membantu menyokong dan menstabilkan tulang belakang dan pelvis. Menguatkan otot teras anda boleh membantu mencegah kecederaan belakang juga.
Hari Ketiga – Berehat
tetapi jika anda ingin melakukan senaman ringan, anda boleh melakukan aerobik atau berjalan selama 15-30minit.
Hari Keempat –  Aerobik
Lakukan senaman aerobik selama 20 minit. Anda boleh melakukan aktiviti seperti berjalan atau berjogging 20 minit, tetapi jika anda mahu sedikit perubahan , cuba tambah sesuatu yang berbeza pada akhir senaman.
Seperti biasa selepas senaman aerobik yang baik , jangan lupa untuk menyejukkan dan kemudian meregangkan otot .
Gunakan kalkulator kalori untuk mengetahui kalori yang dibakar semasa senaman.
Hari Kelima – Kekuatan Latihan 
Ikut garis panduan yang sama seperti pada hari kedua tetapi cuba memilih otot yang berlainan semasa senaman.
Hari Keenam
Cuba lakukan senaman kardio selama 30 minit untuk berjalan pantas/ berlari ,30 minit mengayuh basikal.
Hari Ketujuh – Berehat
Okay, anda selesai dengan senaman minggu pertama anda. Masa untuk bermula sekali lagi pada minggu berikutnya . Mula tambah lebih masa untuk senaman aerobik dan lebih set atau ulangan untuk latihan kekuatan anda.
Dibawah adalah pelan pemakanan yang boleh anda cuba untuk menurunkan berat badan anda.
exercise-routines-to-lose-weight-2086

9 Cara Sihatkan Makanan Tidak Sihat Kegemaran Anda

Sihatkan makanan anda dengan 9 cara khas Butterkicap ini. Anda tidak perlu rasa berbelah bahagi lagi untuk korbankan makanan kegemaran anda demi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Rakyat Malaysia memang hidup berpegangkan prinsip ‘hidup untuk makan’. Mana tidaknya jika ada pelbagai pilihan juadah untuk anda nikmati di negara ini. Namakan segala macam makanan yang anda idamkan. Anda pasti boleh dapatkan makanan tersebut di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu.
Oleh itu, terdapat keperluan untuk rakyat Malaysia mencari cara untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi dan kolestrol tinggi tanpa perlu mengorbankan semua makanan kegemaran mereka.
Jangan khuatir, jangan risau kerana di sini ada 7 cara untuk anda sihatkan makanan tidak sihat kegemaran anda.

1. Buang Kulit Ayam

Kebanyakan rakyat Malaysia gemar makan ayam goreng apatah lagi ayam goreng yang rangup dan berkriuk seperti Ayam Kentucky Fried Chicken atau KFC. Tidak sah kalau dalam satu hari mereka tidak makan ayam goreng. Namun begitu, hidangan selesa ini tidak boleh dimakan selalu kerana boleh ayam yang berminyak ini hanya meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit jantung dan kolestrol tinggi.
Cara untuk mengelakkan daripada diri anda menghidapi penyakit berbahaya ini tanpa menyingkirkan ayam goreng daripada diet anda adalah dengan membuang kulit ayan yang berkriuk itu. Kami tahu sangat sakit untuk buat begitu tapi itu adalah lebih baik daripada sakit di kemudian hari.

2. Potong Lemak

Kalau anda pencinta daging tegar, anda pasti tahu lemak daginglah yang paling sedap untuk makan, khususnya kalau anda bernasib baik untuk rasa lemak muda yang cukup manis. Kalau sudah namanya lemak, pastilah tidak bagus untuk kesihatan anda.
Jadi, buanglah lemak-lemak pada daging sebelum masak untuk jadikan hidangan anda itu lebih sihat. Tidak mengapa buang lemak pada makanan anda kerana anda secara tidak langsung, membuang lemak pada badan anda juga.

3. Rebus Maggi


Maggi dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Dalam setiap rumah, khususnya dalam kabinet makanan para pelajar universiti dan kolej tempatan, wajib untuk mereka menyimpan sebungkus mi Maggi sebagai alas perut yang lapar pada waktu tengah malam atau ketika belajar. Namun begitu, tidak elok untuk kerap makan mi Maggi kerana mi tersebut dililin dengan bahan kimia yang akan merosakkan organ dalaman anda.
Oleh itu, untuk kurangkan kadar bahaya mi tersebut terhadap kesihatan anda, rebus mi Maggi seperti biasa dan buang air rebusan keruh tersebut. Tiada apa-apa yang berubah kalau anda buang air rebusan tersebut.

4. Dada Lebih Baik

Rakyat Malaysia gemar makan ayam. Antara daging-daging lain, ayamlah yang menjadi pilihan. Namun begitu, satu kepelikan rakyat Malaysia ini ialah mereka suka makan ayam di bahagian bertulang dan kurang isi seperti paha dan kepak berbanding di bahagian lebih berisi seperti bahagian dada.
Hal ini demikian kerana bahagian dada kurang berlemak seperti bahagian-bahagian lain dan membuatkan anda cepat kenyang. Namun begitu, anda mungkin mahu berkira-kira untuk mula belajar makan bahagian dada ayam kerana itulah bahagian yang paling sihat dan kurang berisiko untuk anda makan.

5. Rebus dan Stim Lebih Baik

Makanan yang sihat, secara amnya, ialah makanan yang tidak mengandungi lemak tinggi atau berminyak. Jadi, kalau anda mahu makan banyak tapi tidak mahu peningkan kepala fikirkan tentang minyak dan lemak, pilihlah cara memasak secara rebus atau stim untuk buatkan anda tidak rasa bersalah untuk makan.
Makanan yang direbus dan stim memelihara zat-zat dan nutrien asal makanan tersebut untuk tidak hilang atau bertukar menjadi nutrien yang tidak diperlukan badan kita. Sebab itulah, apabila anda makan ayam goreng anda berasa badan lebih berat dan letih berbanding makan ayam yang distim.


6. Aiskrim DIY

Adat aiskrim adalah lagi lemak, lagi sedap. Lagi manis, lagi naik selera nak makan. Namun begitu, ada pilihan aiskrim yang lebih sihat yang diperbuat daripada yogurt yang lebih enak daripada aiskrim kegemaran anda. Kalau anda mahu lebih sihat lagi, potonglah buah dan sejuk bekukan untuk anda nikmati sebagai pengganti aiskrim yang lebih sihat.

7. Pilih yang Hitam

Makan makanan manis seperti coklat perlulah secara berpada-pada kerana jika makan tak ingat dunia, silap haribulan anda tidak boleh makan walau secubit coklat sekalipun kerana menghidapi diabetes.
Kami bukanlah mengatakan bahawa anda tidak boleh makan coklat tapi pilihlah coklat hitam yang kurang manis dan sedikit pahit untuk anda dijadikan pencuci mulut selepas makan. Tambahan pula, rasa coklat hitam yang sedikit pahit akan mematikan selera anda daripada makan lebih daripada yang sepatutnya. Jadi, pilihlah yang hitam.

8. Bakar, Bakar, Bakar

Antara makanan yang dibakar dan digoreng, makanan bakar adalah lebih sihat. Hal ini demikian kerana makanan tersebut tidak dimasak dalam kolam minyak yang tidak baik untuk kesihatan anda. Minyak merupakan punca kadar kolestrol dalam badan anda meningkat dan menyebabkan arteri dalam jantung anda tersumbat.
Tambahan pula, makanan bakar adalah lebih enak dan mengekalkan rasa sebenar makanan tersebut untuk berikan pengalaman makan yang lebih menarik bagi anda.

9. Masak Sendiri vs. Beli

Di kota metropolitan Kuala Lumpur ini, tiada sesiapa yang mempunyai masa untuk memasak. Dengan jadual yang sibuk dan padat, ramai yang memilih untuk membeli makanan daripada memasak. Hakikatnya, perbuatan “menyenangkan” diri anda ini akan memakan anda kembali di usia tua.
Apabila anda membeli makanan, anda tidak tahu risiko sebenar yang anda sebenarnya ambil. Hal ini demikian kerana anda tidak tahu jumlah gula, garam, ajinamoto dan bahan tidak sihat lain yang dimasukkan dalam makanan anda.

Sekarang, anda bolehlah amalkan 9 cara sihatkan makanan ini supaya anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda tanpa perlu risau tentang keadaan kesihatan anda lagi. Ada cara lain yang anda gunakan untuk sihatkan lagi makanan anda? Jangan lupa kongsi bersama kami!

Ini Petua Mak Saya Untuk Hilangkan Sakit Badan & Buang Angin. Rasa Segar-Bugar!

cara hilangkan sakit badan
“Letihnya 2-3 hari ni… Badan pun mulalah tak sedap. Macam nak demam pun ada. Apa cara hilangkan sakit badan ni ya, bagi segar sikit?”
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua yang biasa diamalkan oleh orang-orang dulu sebagai cara hilangkan sakit badan, keluarkan angin, dan memastikan tubuh kembali sihat dan segar.
Ini adalah salah satu petua yang dikongsikan daripada pembaca kami, Puteri Aura Balqis. Menurut beliau, minuman ini adalah petua daripada ibunya untuk menghilangkan sakit-sakit badan dan buang angin dengan berkesan, Selain itu, ia juga melegakan kebas kaki dan tangan, serta mengatasi masalah susah buang air besar. Malah, ia juga boleh membantu mencuci darah beku dalam badan.

PETUA HILANGKAN SAKIT BADAN, ANGIN, SEMBELIT & KEBAS KAKI TANGAN

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat minuman kesihatan ini.

BAHAN-BAHAN

  • *halba 1 bungkus (50sen)
  • *halia
  • *serai
  • *air 3 gelas besar
  • 1 sudu asam jawa

CARA-CARA

Ini adalah cara membuatnya. Mudah saja.

1. REBUS

Pertama sekali, rebuskan semua bahan bertanda * di dalam periuk. Tunggu hingga mendidih.

2. CAMPURKAN ASAM JAWA

Apabila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan air tadi dengan 1 sudu asam jawa. Kacau hingga sebati.
cara hilangkan sakit badan

3. MINUM SEMASA SUAM

Seeloknya, minumlah minuman ini ketika masih suam. Paling bagus diminum ketika nak masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi keesokan harinya, badan akan jadi segar-bugar!

4. AMALKAN IKUT KESERASIAN

Boleh buat minuman ini sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Terpulanglah nak minum 1 kali sehari atau selang sehari, mengikut keserasian badan masing-masing. Kalau ada lebih, seeloknya air rebusan ini disimpan dalam peti ais selama 1 hari saja.
Apapun, badan mungkin akan berpeluh-peluh sedikit apabila meminum air rebusan ini. Atau, ada yang akan berulang-alik ke bilik air untuk membuang air kecil. Ini adalah tindakbalas yang baik untuk membuang toksik dalam badan. Tapi, ia tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana bahan-bahannya bersifat ‘panas’.

SEMOGA BERMANFAAT

Senang saja membuatnya, bahan yang diperlukan pun tidaklah banyak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang mencubanya.

8 tips meningkatkan keupayaan minda

TINGKATKAN DAYA INGATAN ANDA DENGAN...


Meningkatkan keupayaan minda atau menambahkan daya ingatan adalah perlu bagi semua orang. Daya ingatan semakin lemah apabila umur makin menginjak tua. Adalah salah persepsi sesetengah orang yang mengatakan bahawa semakin banyak berfikir dan semakin banyak belajar semakin orang tersebut cepat lupa dan mempunyai keupayaan minda yang lemah. Ia boleh terjadi sekiranya cara menggunakan otak untuk bekerja adalah salah. Berikut adalah tips bagaimana meningkatkan keupayaan minda dengan cara yang betul berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan telah terbukti keberkesanannya walaupun umur makin meningkat.

Jangan melakukan maksiat tapi tambahkan amal ibadat
Dalam Islam maksiat adalah satu perkara yang ditegah. Antara contoh yang boleh mengurangkan daya ingatan ialah melakukan dosa tetapi banyak melakukan amal ibadat dapat menajamkan fikiran. Antara contoh maksiat ialah seperti mengumpat, bercakap bohong, berzina ataupun menonton video lucah manakala untuk tajamkan daya ingatan ialah membaca Al-Quran, berzikir dan banyak berdoa.

Bersenam
Senaman boleh meningkatkan daya ingatan. Tidak perlu senaman yang berat dan pada tempoh yang lama. Cukup hanya 2-3 kali seminggu antara 10 minit hingga 30 minit dengan berjoging, bermain badminton, bermain futsal, ataupun bermain permainan yang menguji fikiran serta mencabar minda seperti soduko, chess, teka silang kata. Membuat kerja-kerja rumah juga adalah satu senaman yang baik seperti membasuh baju menggunakan tangan, membuang rumput di halaman, mop lantai, sapu sampah dan sebagainya.

Pemakanan
Makan makanan Sunnah seperti kurma dan  kismis, dan kurangkan makan benda yang masam. Jangan lupa sarapan dan makan makanan yang seimbang serta jangan sampai terlalu kenyang. Ambil supplement minda yang boleh dipercayai dan halal, dan dapatkan nasihat doktor. Banyak makan buah dan sayur-sayuran. Banyak makan di rumah berbanding di luar.

Tidur
Tidur yang mencukupi dan tidak berlebihan. Tidur pada waktu malam dalam pukul 10 atau 11 hingga pukul 5 atau 6 pagi. Jangan tidur selepas subuh. Siang boleh tidur seeloknya sebelum masuk waktu Zohor, mungkin hanya 1 jam sahaja. Elakkan tidur selepas asar hingga maghrib.

Emosi
Kawal emosi anda dengan selalu berfikiran positif. Jangan suka marah-marah, kerap bersedih, dan stress. Hal ini akan mengurangkan daya ingatan kita. Belajarlah kawal emosi dengan bijak melalui tindakan yang rasional.

Membuat sesuatu yang baharu dan inovatif
Sentiasa berfikir perkara yang baik, baharu dan inovatif. Lakukan sesuatu yang merangsang minda anda seperti belajar bermain muzik, belajar tentang perniagaan, belajar bahasa asing, lakukan hobi yang baru seperti menulis atau membaca sesuatu kesukaan anda seperti menulis blog atau membaca artikel-artikel yang membina dan positif.

Kurangkan aktiviti yang tidak bermanfaat
Jangan bazir masa anda menghabiskan masa dengan hanya terlalu lama bermain game,menonton movie atau berfacebook yang langsung tidak membuat anda banyak berfikir dan ilmu yang diterima adalah tidak bermanfaat. Terutama facebook, bukan tujuan nak cari maklumat berguna atau sumber pendapatan online tetapi hanya suka like dan komen status orang sahaja. Kurangkan aktiviti ini.

Banyak bergaul dengan orang yang berjaya
Lazimnya, orang yang berjaya adalah orang yang matang dan bijak dalam menguruskan hidupnya. Banyak bergaul dengan orang sebegini untuk merangsang minda anda dan membuat perkara seperti mereka. Contohnya guru, pensyarah dan usahawan yang berjaya.

Ringkasnya, daya ingatan meningkat sekiranya dengan kaedah yang sesuai walaupun umur kian meningkat.

6 TIPS KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI

Kekal sihat sepanjang hari merupakan perkara yang paling penting untuk meneruskan kehidupan

dengan bersemangat. Disini kami kongsikan 6 tips kekal sihat untuk anda.


1. TIDUR SECUKUPNYA

Sesibuk mana pun anda, berehat dan tidur lah secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6

jam sehari. Tidur yang cukup akan membekalkan lebih banyak tenaga untuk anda

meneruskan rutin harian dengan lancar. Jika anda tidak mendapat rehat yang cukup, ianya

akan mempengaruhi kesihatan tubuh dan kecerdasan minda anda.


2. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Lebihkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dan jauhkan

makanan ringan ( junk food ) kerana makanan ringan tidak mengandungi gizi yang

diperlukan untuk tubuh badan kita. Makan lah awal untuk makan malam (dinner) untuk

membolehkan makanan dicerna dengan sempurna dan jika anda berasa lapar pada lewat

malam, makanlah buah-buahan segar ataupun minum air kosong.


3. BERSENAM

Bersenam lah sekurang-kurangnya 45 minit sehari dan 3 atau 4 kali seminggu bagi

membolehkan badan kita mengeluarkan peluh dan berada lebih cergas. Lakukan aktiviti

senaman yang berlainan setiap hari bagi mengelakkan diri anda bosan untuk bersenam.

Minumlah air kosong selepas bersenam bagi menggantikan air dalam badan yang

dikeluarkan melalui peluh.


4. MENDENGAR MUZIK

Muzik merupakan salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk mengelak diri anda dari

bersa bosan dan tidak bermaya. Sesekali dengar lah muzik yang rancak untuk

membolehkan anda berasa kembali bersemangat, sihat, dan bertenaga melakukan aktiviti

harian.


5. MINUM AIR PUTIH

Minumlah air putih 2 hingga 4 liter dalam sehari kerana tubuh badan kita memerlukan air

yang cukup untuk kekal sihat dan aktif. Disamping itu, anda juga memerlukan air putih

untuk mengelakkan dari dehidrasi. Air juga dapat mengelakkan kita dari mengalami

masalah kesihatan yang serius seperti masalah ginjal dan hati.


6. MAKANAN TAMBAHAN

Makanan tambahan seperti vitamin dan juga anti-oksidan adalah baik untuk memelihara

kesihatan tubuh dan kecantikan. Vitamin C misalnya bertindak untuk meremajakan kulit,

cepat menyembuhkan penyakit seperti selsema dan demam, dan juga membaik pulih kulit

wajah agak lebih licin dan sihat.

SELALU LESU, LIHAT 5 TIPS INI UNTUK SENTIASA KEKAL CERGAS

Selalu-Lesu- Lihat-5-Tips -Ini-Untuk-Sentiasa-Kekal-Cergas
Kesihatan tubuh badan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian kita. Sekiranya kita sakit,banyak perkara yang kita tidak dapat lakukan seperti bekerja, bersukan dan lain-lain.
Jadi amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan terutamanya golongan yang aktif seperti ahli sukan, pekerja, pelajar mahupun peniaga.
Tak tahu bagaimana nak jaga kesihatan anda?Jangan risau bacaan di bawah ini telah disediakan 5 tips untuk anda amalkan supaya kekal sihat dan cergas :

1.PEMAKANAN YANG SIHAT

Memakan buah-buahan dan sayuran secara kerap boleh membersihkan usus kita dan merendahkan risiko untuk jatuh sakit.
Serat dalam sayuran buahan akan membersihkan dinding usus dan toksin dari dalam badan.Paling penting jangan lupa sarapan setiap pagi supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari.

2. ELAKKAN MINUMAN BERKAFEIN

Kebanyakan kita suka mengambil minuman berkafein untuk sarapan kan?Sebenarnya kafein boleh mengganggu penghadaman dan penyerapan zat penting dari makanan.Ini menyebabkan badan kita menjadi lesu dan letih.
Dalam satu kajian,minum teh dan makan secara serentak menghilangkan zat besi sebanyak 89%.Jadi korang boleh lah berhenti meminum air yang mengandungi kafein ataupun sekurang-kurangnya cuba kurangkan.

3. BERSENAM

Sekurang-kurangnya kita perlu bersenam seminggu sekali.Banyak manfaat yang anda akan dapat dengan bersenam.Antaranya ialah dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan,mengurangkan paras tekanan,mengawal tekanan darah dan banyak lagi

4. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN

Bagi kita yang bekerjaya mungkin kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga pemakanan.Apa yang anda boleh ialah ambil makanan tambahan ataupun “supplement” yang sesuai,ini pasti dapat meningkatkan kesihatan kita ke tahap optimum.

5. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang  berkualiti penting untuk memastikan tubuh kita cukup rehat.Bila tubuh kita cukup rehat,kita akan segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian keesokan harinya.
Kurang tidur boleh menyebabkan anda kurang tumpuan di siang hari,obesiti,depresi dan banyak lagi masalah kesihatan.Jadi pastikan anda tidur selama 6 jam setiap hari.
Beberapa tips yang kami kongsikan ini adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan ingin meningkatkan kualiti hidup.Mungkin dengan usaha yang sedikit anda dapat mengubah hidup menjadi lebih sihat,produktif dan berjaya dalam kerjaya anda.
Selamat mencuba !